Saturday, November 16, 2013

di setiap sujudku..

bismillah

assalamualaikum

merpati penyejuk hati 


kau tahu ?
sejarah ditayang bukan untuk diulang,
bukan juga sekadar dikenang 

kau tahu kenapa sejarah itu berlaku ?
supaya kau tahu apa kesalahan itu,
supaya kau tahu apa yang berlaku selepas yang berlaku,
supaya nanti kau tidak ulangi sejarah yang lalu

kenapa duduk di situ lagi ?
bangkit ikhtiar dan bergerak !
kau mahu perkara sama terulang kembali ?
tidak !

generasi baru,
mulakan gerakan baru,
mengikut rentak murabbi terdahulu,
yang baik kau perhebatkan,
yang buruk kau perbaikkan

hidup memang tiada noktah 

di setiap sujudku,
selalu ku titipkan yang satu itu 

:)



assalamualaikum






Friday, November 15, 2013

assorted


bismillah..

assalamualaikum...

2-3 Nov 2013 -KOBAR 13'
for the first time in 5 month long,we've met...hugging each other,some cried,happy..precisely,excited....rindu yang selama ini dikandung kini terluah.....5 bulan je,bukan 5 tahun...tapi,itulahh..mane nk cari lagi sahabat sehidup semati yang mcm ni?walau macamane pun mereka,tetap ada sayang utk mereka..walau ada dkalangan mreka yg mmbenci,ttap ada sayang di hati ini utk mereka..dorang ni,irreplacable..'untouchekebel'(bak kate zizang)..melihat potret dorang,buat diri ini ingin menangis..melihat senyuman riang mereka,mmbuat hati ini sebak,melihat tangisan mereka,mmbuat hati ini tersentuh....

walau sejauh mane pun merantau,pasti teringatkan mereka,betul tak,SITI HAJAR?AMANI SHUHADA?SHARIFAH ASMA'?A'AFIIFAH? sy yakin telahan sy tepat.. ^__^ 
(*nama2 yg disebut sdang berada nun jauh sana di perantauan..hee)

buat sy teringat saat SPM dlu..mnjerit ktakutan ktika kseorangan dlm bilik mandi ktika blackout di asrama,di pagi exam Addmath..aduh..mmg trkjut..namun tba2 ade seorg shbt,dtg mmbawa lampu picit smbil mmanggil nama sy...waktu itu terasa ingin menangis!rupanya dia teringat sy yg keseorgn di bilik mandi..lalu trus dtg dan mmbawa lampu utk sy..terharu...kawan,adakah kau masih lagi ingin mmbwa aku keluar dari kegelapan ini apabila aku terperangkap seorang diri skali lagi ?
terima kasih ,Jaan!

maaf,dorang ni,masih irreplacable..5 tahun kami hidup bersama (yang tak ckup 5 tahun pun tetap terasa sperti 5 tahun!)..mereka kenal aku bagaimana..mereka tahu apa aku suka..mereka tahu apa yang tidak aku gemar..mereka tahu baik burukku..mereka tahu kelemahan aku..


dan waktu masih berbaki lagi seminggu..utk pulang ke kolej..hurmm...cepat sungguh waktu itu,dan dihitung lagi,5 bulan lagi,insyaAllah aku graduan matrikulasi itu...insyaALLAH!!


assorted..assorted..assorted...

''sebelum kau memasang niat utk berumah tangga,lebih baik kau perbaiki tajwid dan solat mu terlebih dahulu..''

-sekian






sound interesting?share it!